Friday, May 01, 2015

PERCUTIAN BAJET 4HARI 3MALAM DI PULAU LANGKAWI (KIRAAN JUMLAH BAJET)

Tibalah masanya untuk kira jumlah semuanya percutian bajet 4hari 3malam di Pulau Langkawi nie.

Jom kita buat kira-kira.

Kiraan bajet hari pertama:

Telaga Pearl Habour - FREE
Tiket wayang - RM28 (dua orang)
MCD - RM28 (dua orang)
Dataran Lang - FREE

TOTAL = RM56

Kiraan bajet hari kedua:

Cable Car + 3D Art Museum = RM84 (dua orang)
Waffer + air mineral = RM11
Bird Paradise = RM36
Laksa Power + Pasembur + Rojak Buah + Air Cincau + Air Teh Bunga = RM30
Ketam stim + ikan pari bakar + udang butter + sotong goreng + nasi putih + ulam-ulaman + air tembikai susu + air tembikai = RM73

TOTAL = RM234

Kiraan bajet hari ketiga:

Island Hopping = RM50 (dua orang)
Burger + air mineral = RM16 (dua orang)
Gambar kenangan = RM10
Makan Mahsuri = RM20 (dua orang)
Gambar kenangan = RM25
Underwater World = RM60 (dua orang)
Gambar kenangan = RM50
Laksa ikan sekoq + air cendol + char kuew teaw + air kelapa = RM25
Nasi lemak ayam gulai + nasi lemak ayam goreng + air 3 layer + air apa lupa = RM55.55
Bowling = RM22 (dua games & dua orang)
Baju + kain batik & pelekat = RM170

TOTAL = RM503.55

Kiraan bajet hari keempat:

Coklat = RM180
KFC = RM25 (dua orang)
Tiket feri = RM36 (dua orang)

TOTAL = RM241

Kiraan bajet lain-lain:

Tiket bas = RM36 (Dungun - TBS)
Tiket bas = RM10 (TBS - KLIA 2)
Tiket flight = RM72 (AirAsia; KL - Langkawi)
Tiket feri kawan aku = RM18 (Kuala Perlis - Langkawi)
Tiket bas = RM74 (Kuala Perlis - Dungun)
Hotel = RM270 (4hari 3malam)
Kereta Vios = RM200 (4hari 3malam)
Minyak kereta = RM50

Jumlah keseluruhan bagi percutian bajet kali adalah RM1,764.55

Korang mungkin boleh lagi cut bajet kat gambar kenangan tu. Terpulang nak ambil ke tak. Nama lagi kenangan kan. Bila lagi nak ada macam tu :) Akhir kata dari aku, selamat bercuti okayy. Jangan tengok bajet aku nie, korang terus taknak pergi lak. Aku nie kan 4hari 3malam sebab tu bajet lebih sikit. Transit nak pergi ke flight tu pon, kena stop KL dulu. Mungkin korang boleh cut bajet lagi. ENJOY YOUR HOLIDAYS ! Seriously Langkawi memang tidak mengecewakan. :)

PERCUTIAN BAJET 4HARI 3MALAM DI PULAU LANGKAWI (HARI KEEMPAT)

DAY 4 (08/04/2015) 

Cerita Langkawi bakal berakhir. Hari terakhir dah aku disini. Sedih memang sedih. Sebab holiday kali nie memang syokkk. Percutian ke Langkawi memang tidak membosankan. Untuk hari terakhir nie, aku pergi shopping coklat-coklat lah untuk dibawa balik.

Bagi aku, aku prefer pergi shopping coklat dekat Coco Valley berbanding Haji Ismail Group (HIG). Sebabnya aku rasa kat Coco Valley lagi murah dari HIG. Seriously. Tapi terpulanglah kepada individu. Tapi kat Coco Valley tak banyak sangatlah pilihannya dari HIG tu. Better Coco Valley kalau nak compare kan harga tu.

Lepas shopping coklat, masa untuk makan lah. Aku makan KFC je tuk last day nie. Macamlah kat Dungun tu takde KFC kan. Kelakar pon ada. Macam-macam betul diri aku nie. :P

Tak banyak jalan pon last day nie. Lepak-lepak je tepi pantai macam tu. Hari pon dah nak kesuntukan.

Kalau hari tu datang dengan flight, kali nie balik naik feri lak. Dua-dua dapat merasakan. Harga tiket bagi dewasa dari Langkawi ke Kuala Perlis RM18 seorang. Untuk kanak-kanak aku tak pasti lak. Tapi apa yang pasti lebih murah lah dari dewasa tu. Perjalanan mengambil masa selama 1jam. Memang boleh tidur lah. :P

Sampai je kat Kuala Perlis, terus ke stesen bas. Balik naik bas lakkk. Perjalanan mengambil masa 11jam dalam bas. Sakit belakang takyah cakap ! Seksa oii.....tapi nasib baik basnya elok jee. Kerusi pon besar. Bas Adik Beradik.

Percutian ke Pulau Langkawi sudah pun berakhir ! Memang syokkk. Harus pergi. Next time aku nak pergi travel makanan yang best-best lak kat Langkawi nie. Antara tempat yang paling aku suka Cable Car & Island Hopping ! Till we meet again okay Langkawi. :)

Kiraan bajet hari keempat:

Coklat = RM180
KFC = RM25 (dua orang)
Tiket feri = RM36 (dua orang)

TOTAL = RM241

PERCUTIAN BAJET 4HARI 3MALAM DI PULAU LANGKAWI (HARI KETIGA)

DAY 3 (07/04/2015)

Sambungan cerita percutian bajet Pulau Langkawi lagi. Kemanakah aku pada hari ketiga nie? Untuk hari ketiga nie, aku bangun lebih awal dari hari kedua hihi. Sebab apa?? Sebabnya aku nak pergi ISLAND HOPPING !!! Yeaaahhhh. 1st time juga nie. Excited memang lah ! Harga nak pergi Island Hopping nie, seorang dalam RM30++ kalau tak silap. Tapi......kami dapat murah je disebabkan member kawan aku kerja kat sana. Jadi aku dapat untuk dua orang RM50. Murahkannn. Kalau rasa banyak duit sangat, boleh lah sewa satu bot tu tuk dua orang jee. Tapi mahallah. Dalam beratus jugak mungkin.

Kat sini kita akan dibawa pusing 3 buah tempat yang cantik. Pertama, Tasik Dayang Bunting (1jam dia akan stop kat sini). Kedua, Eagle Feeding (duduk dalam bot je tengok). Dan ketiga, Beras Basah (1jam jugak akan stop).

LETS START OUR JOURNEY !!!!! LETS GO.............

Memang syok dapat naik boat setelah sekian lama tak naik. Laju giler dia. Syok habisssss. Kepada yang mabuk laut tu, please please please makan ubat mabuk laut dulu ye. Takutnya nanti muntah-muntah lak kangggg.


Nampak tak bukit tu macam orang mengandung? Nah belakang tu lah Tasik Dayang Buntingnya.


Sampai dah aku Yeaahhh


Ini kisahnya - LEGENDA TASIK DAYANG BUNTING

Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Aku haritu naik boat yang kayuh dengan kaki tu jee HAHA. Murah je. RM30 untuk 30minit. Kalau korang taknak naik benda nie pon tkpe, nak mandi pon boleh, nak berkayak pon boleh. Tapi kena bayarlah jugakan. Terpulang pada anda. Taknak main apa-apa pon boleh juga. Tengok-tengok orang dan kawasan jela sejam tuu :D


Turun jee dari tempat Dayang Bunting tu, macam biasalah aku tak makan lagi HAHA. So aku beli burger je. Bapak 'murah' giler ! 2 biji RM10. Terkejut giler nak bayar. Air mineral lak RM3 sebotol kecil. Disebabkan oleh perut tersyg tak makan lagi, jadi aku ikut jela kemahuan perut tuuu.

Sesudah sejam kat Tasik Dayang Bunting, kami satu boat pon terus move on ke next destination. Iaitu EAGLE FEEDING ! Yang nie duduk dalam boat jee. Tengok eagle ni makan jeee. Kelip-kelip biji mata duk tengok.



Eagle Feeding. Banyak giler helang kat sini. Cantikkkk

Sesudah nengok eagle eagle nie makan,terus move to Beras Basah. Bukan proses beras yee. Ini pantai okay anak-anak. Jangan kau ingat Beras Basah orang duk proses basuh beras lakk. INI PANTAI ! Pantai kat sini....ya ALLAH cantik sangat dengan keindahan pantai. Cantik sangat-sangat. Air sejuk, jernih, bersih. Boleh nampak ikan duk bermain-main. Nak mandi pon boleh kat pantai nie. Tapi ingat yee. Kat sini TIDAK ADA tempat persalinan atau tandas. So kalau korang mandi pantai, nati naik boat dgn basah-basah macam tu laaa. Tukar nanti dah sampai hotel okayyy.

Satu lagi.....PERINGATAN ! Kepada kakak-kakak, abang-abang yang bawak budak-budak, anak kecil tuuuu.....tolong jaga sebaik mungkin anak-anak anda sebabnya kat situ banyakkkkkk sangat monyet-monyet liar. Aku sendiri takut. Jaga-jaga anak-anak tu yee. Barang peribadi jaga jugakkk.




Cantik airnya. Bersih. Sejuk. Memang syokk. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat Beras Basah. Nak mandi pon. Nak berbanana boat pon boleh.

Jom lah balik. Dah 3jam kat Island Hopping nie.

Nanti dah turun dari boat, akan ada satu booth yang akan jual gambar kita sebagai kenangan laa. Sebab tadi sebelum naik boat, ada orang dia ambik gambar kita dulu. Jadi untuk kenangan, aku beli jela gambar tu. Harga RM10 je. Sebab tu aku ambil je. Kenangan lah kata kan. Bila lagi kannn. Tapi dia tak paksa beli pun. Kalau rasa nak beli, belilah. Kalau taknak takpeee. Takde paksaan ponnn :D

Lepas puas d Island Hopping, aku terus ke next destination. Iaitu MAKAM MAHSURI. Seorang masuk RM10 jee.




Air telaga kat sini sangatlah sejukkkk. Kalau dapat mandi memang syok terusss. :P
Ada juga diaorang jual air telaga yang dah proses, boleh terus minum. Sejuk jugak airnya. RM5 kalau tak silap sebotol kecil. 

Sama juga macam kat Island Hopping tadi. Ada juga gambar kenangan. Harga RM25.

Dari Makam Mahsuri, aku terus ke Underwater World. Seorang masuk RM30.

Banyak juga ikan-ikannya. Cantik-cantik lak tuu. Kalau bawa anak-anak sangat sesuai. Aku tkde anak lagi, jadi bawa diri sendiri je :P

Kat sini pon ada gambar jugak. Harga RM50.

Selesai pusing-pusing dalam Underwater World, perut mula lah lapar kannn. Jom pergi makan dulu. Kali nie aku makan laksa jugak. Tapi yang nie Laksa Ikan Sekoq kat tepi airport juga. Not bad juga. Sedap jugak.


Laksa ikan sekoq + air cendol + char kuew teaw + air kelapa = RM25

Lepas makan, aku balik hotel dulu kejap. Bersihkan diri, rehat-rehatkan badan jap. Lepas tu, gerak pergi makan lagi. Kali nie makan kat Papparich.


Nasi lemak ayam gulai + nasi lemak ayam goreng + air 3 layer + air apa lupa = RM55.55

Perut pon dah kenyang, jom kita lawan bowling lak ! Kali nie aku kalah teruk ! HAHA rupanya kawan aku nie hebat sangat bowlingnyaaa. Dalam 2games main, terus p beli ole-ole tuk bawa balik nanti.

Selesai main bowling, aku terus pergi beli baju dan kain batik untuk umi dan kain pelekat untuk abah. Pergi beli kat macam uptown jee. Murah lah jugak. Sudah beli apa semua, tibalah masanya untuk aku balik tdow, rehatkan badan. zzZZZzzz ~~

Hari keempat, next entry okayyy. Will be continue ~

Kiraan bajet hari ketiga:

Island Hopping = RM50 (dua orang)
Burger + air mineral = RM16 (dua orang)
Gambar kenangan = RM10
Makam Mahsuri = RM20 (dua orang)
Air Botol Telaga Makam Mahsuri = RM5
Gambar kenangan = RM25
Underwater World = RM60 (dua orang)
Gambar kenangan = RM50
Laksa ikan sekoq + air cendol + char kuew teaw + air kelapa = RM25
Nasi lemak ayam gulai + nasi lemak ayam goreng + air 3 layer + air apa lupa = RM55.55
Bowling = RM22 (dua games & dua orang)
Baju + kain batik & pelekat = RM170

TOTAL = RM508.55