DAY 3 (07/04/2015)
Sambungan cerita percutian bajet Pulau Langkawi lagi. Kemanakah aku pada hari ketiga nie? Untuk hari ketiga nie, aku bangun lebih awal dari hari kedua hihi. Sebab apa?? Sebabnya aku nak pergi ISLAND HOPPING !!! Yeaaahhhh. 1st time juga nie. Excited memang lah ! Harga nak pergi Island Hopping nie, seorang dalam RM30++ kalau tak silap. Tapi......kami dapat murah je disebabkan member kawan aku kerja kat sana. Jadi aku dapat untuk dua orang RM50. Murahkannn. Kalau rasa banyak duit sangat, boleh lah sewa satu bot tu tuk dua orang jee. Tapi mahallah. Dalam beratus jugak mungkin.
Kat sini kita akan dibawa pusing 3 buah tempat yang cantik. Pertama, Tasik Dayang Bunting (1jam dia akan stop kat sini). Kedua, Eagle Feeding (duduk dalam bot je tengok). Dan ketiga, Beras Basah (1jam jugak akan stop).
LETS START OUR JOURNEY !!!!! LETS GO.............
Memang syok dapat naik boat setelah sekian lama tak naik. Laju giler dia. Syok habisssss. Kepada yang mabuk laut tu, please please please makan ubat mabuk laut dulu ye. Takutnya nanti muntah-muntah lak kangggg.
Nampak tak bukit tu macam orang mengandung? Nah belakang tu lah Tasik Dayang Buntingnya.
Sampai dah aku Yeaahhh
Ini kisahnya - LEGENDA TASIK DAYANG BUNTING
Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini. Aku haritu naik boat yang kayuh dengan kaki tu jee HAHA. Murah je. RM30 untuk 30minit. Kalau korang taknak naik benda nie pon tkpe, nak mandi pon boleh, nak berkayak pon boleh. Tapi kena bayarlah jugakan. Terpulang pada anda. Taknak main apa-apa pon boleh juga. Tengok-tengok orang dan kawasan jela sejam tuu :D
Turun jee dari tempat Dayang Bunting tu, macam biasalah aku tak makan lagi HAHA. So aku beli burger je. Bapak 'murah' giler ! 2 biji RM10. Terkejut giler nak bayar. Air mineral lak RM3 sebotol kecil. Disebabkan oleh perut tersyg tak makan lagi, jadi aku ikut jela kemahuan perut tuuu.
Sesudah sejam kat Tasik Dayang Bunting, kami satu boat pon terus move on ke next destination. Iaitu EAGLE FEEDING ! Yang nie duduk dalam boat jee. Tengok eagle ni makan jeee. Kelip-kelip biji mata duk tengok.
Eagle Feeding. Banyak giler helang kat sini. Cantikkkk
Satu lagi.....PERINGATAN ! Kepada kakak-kakak, abang-abang yang bawak budak-budak, anak kecil tuuuu.....tolong jaga sebaik mungkin anak-anak anda sebabnya kat situ banyakkkkkk sangat monyet-monyet liar. Aku sendiri takut. Jaga-jaga anak-anak tu yee. Barang peribadi jaga jugakkk.
Cantik airnya. Bersih. Sejuk. Memang syokk. Antara aktiviti yang boleh dilakukan kat Beras Basah. Nak mandi pon. Nak berbanana boat pon boleh.
Jom lah balik. Dah 3jam kat Island Hopping nie.
Nanti dah turun dari boat, akan ada satu booth yang akan jual gambar kita sebagai kenangan laa. Sebab tadi sebelum naik boat, ada orang dia ambik gambar kita dulu. Jadi untuk kenangan, aku beli jela gambar tu. Harga RM10 je. Sebab tu aku ambil je. Kenangan lah kata kan. Bila lagi kannn. Tapi dia tak paksa beli pun. Kalau rasa nak beli, belilah. Kalau taknak takpeee. Takde paksaan ponnn :D
Lepas puas d Island Hopping, aku terus ke next destination. Iaitu MAKAM MAHSURI. Seorang masuk RM10 jee.
Air telaga kat sini sangatlah sejukkkk. Kalau dapat mandi memang syok terusss. :P
Ada juga diaorang jual air telaga yang dah proses, boleh terus minum. Sejuk jugak airnya. RM5 kalau tak silap sebotol kecil.
Sama juga macam kat Island Hopping tadi. Ada juga gambar kenangan. Harga RM25.
Dari Makam Mahsuri, aku terus ke Underwater World. Seorang masuk RM30.
Banyak juga ikan-ikannya. Cantik-cantik lak tuu. Kalau bawa anak-anak sangat sesuai. Aku tkde anak lagi, jadi bawa diri sendiri je :P
Kat sini pon ada gambar jugak. Harga RM50.
Selesai pusing-pusing dalam Underwater World, perut mula lah lapar kannn. Jom pergi makan dulu. Kali nie aku makan laksa jugak. Tapi yang nie Laksa Ikan Sekoq kat tepi airport juga. Not bad juga. Sedap jugak.
Laksa ikan sekoq + air cendol + char kuew teaw + air kelapa = RM25
Lepas makan, aku balik hotel dulu kejap. Bersihkan diri, rehat-rehatkan badan jap. Lepas tu, gerak pergi makan lagi. Kali nie makan kat Papparich.
Nasi lemak ayam gulai + nasi lemak ayam goreng + air 3 layer + air apa lupa = RM55.55
Perut pon dah kenyang, jom kita lawan bowling lak ! Kali nie aku kalah teruk ! HAHA rupanya kawan aku nie hebat sangat bowlingnyaaa. Dalam 2games main, terus p beli ole-ole tuk bawa balik nanti.
Selesai main bowling, aku terus pergi beli baju dan kain batik untuk umi dan kain pelekat untuk abah. Pergi beli kat macam uptown jee. Murah lah jugak. Sudah beli apa semua, tibalah masanya untuk aku balik tdow, rehatkan badan. zzZZZzzz ~~
Hari keempat, next entry okayyy. Will be continue ~
Kiraan bajet hari ketiga:
Island Hopping = RM50 (dua orang)
Burger + air mineral = RM16 (dua orang)
Gambar kenangan = RM10
Makam Mahsuri = RM20 (dua orang)
Air Botol Telaga Makam Mahsuri = RM5
Gambar kenangan = RM25
Underwater World = RM60 (dua orang)
Gambar kenangan = RM50
Laksa ikan sekoq + air cendol + char kuew teaw + air kelapa = RM25
Nasi lemak ayam gulai + nasi lemak ayam goreng + air 3 layer + air apa lupa = RM55.55
Bowling = RM22 (dua games & dua orang)
Baju + kain batik & pelekat = RM170
TOTAL = RM508.55
No comments:
Post a Comment