Friday, May 01, 2015

PERCUTIAN BAJET 4HARI 3MALAM DI PULAU LANGKAWI (HARI KEEMPAT)

DAY 4 (08/04/2015) 

Cerita Langkawi bakal berakhir. Hari terakhir dah aku disini. Sedih memang sedih. Sebab holiday kali nie memang syokkk. Percutian ke Langkawi memang tidak membosankan. Untuk hari terakhir nie, aku pergi shopping coklat-coklat lah untuk dibawa balik.

Bagi aku, aku prefer pergi shopping coklat dekat Coco Valley berbanding Haji Ismail Group (HIG). Sebabnya aku rasa kat Coco Valley lagi murah dari HIG. Seriously. Tapi terpulanglah kepada individu. Tapi kat Coco Valley tak banyak sangatlah pilihannya dari HIG tu. Better Coco Valley kalau nak compare kan harga tu.

Lepas shopping coklat, masa untuk makan lah. Aku makan KFC je tuk last day nie. Macamlah kat Dungun tu takde KFC kan. Kelakar pon ada. Macam-macam betul diri aku nie. :P

Tak banyak jalan pon last day nie. Lepak-lepak je tepi pantai macam tu. Hari pon dah nak kesuntukan.

Kalau hari tu datang dengan flight, kali nie balik naik feri lak. Dua-dua dapat merasakan. Harga tiket bagi dewasa dari Langkawi ke Kuala Perlis RM18 seorang. Untuk kanak-kanak aku tak pasti lak. Tapi apa yang pasti lebih murah lah dari dewasa tu. Perjalanan mengambil masa selama 1jam. Memang boleh tidur lah. :P

Sampai je kat Kuala Perlis, terus ke stesen bas. Balik naik bas lakkk. Perjalanan mengambil masa 11jam dalam bas. Sakit belakang takyah cakap ! Seksa oii.....tapi nasib baik basnya elok jee. Kerusi pon besar. Bas Adik Beradik.

Percutian ke Pulau Langkawi sudah pun berakhir ! Memang syokkk. Harus pergi. Next time aku nak pergi travel makanan yang best-best lak kat Langkawi nie. Antara tempat yang paling aku suka Cable Car & Island Hopping ! Till we meet again okay Langkawi. :)

Kiraan bajet hari keempat:

Coklat = RM180
KFC = RM25 (dua orang)
Tiket feri = RM36 (dua orang)

TOTAL = RM241

No comments:

Post a Comment