Thursday, April 30, 2015

PERCUTIAN BAJET 4HARI 3MALAM DI PULAU LANGKAWI (HARI KEDUA)

DAY 2 (06/04/2015)

Percutian ke Pulau Langkawi bersambung lagi ke hari kedua. Hari kedua nie, aku bangun lewat sikit. Biasalah penat hari pertama tak hilang lagi hehe. Lepas dari siap-siap aku terus jalan pergi Cable Car. Aku punya excited tersangat lah ! Sape tak excited kann. 1st time nak naik kan. Maaflah aku jakun sikit. Hikhikhik

Bagi tiket cable car nie, aku ambil sekali dengan pakej 3D Art Museum. Harga hanya RM42 seorang. Kalau untuk cable car je, seorang RM20. Jadi kira jimat sikitlah. Sekarang kena pandai berjimatkan. Selalunya sebelum naik cable car tu, kita akan d jamu dulu dengan movie pendek dalam 5minit jee.







Suasana dari puncak. CANTIK & SEJUK !

Keluar je dari skycab, aku terus ke 3D Art Museum. Disebabkan kami dah beli dengan pakej SkyCab tadi, jadi kami terus pergi tukar tiket kat kaunter 3D Art Museum tu. Dah tukar tiket, terus masuk. Kena buka kasut tauu. Tinggal semua barang-barang. Tapi handbag tu bawak lah yee. Tinggal minuman semua tuu. Nanti dia kasi plastik untuk letak semua tu dan bagi kad yg ada nombor untuk kita tuntut barang-barang sebelum keluar nanti.





Antara dalam 3D Art Museum. Tak boleh tunjuk banyak-banyak. Korang kena masuk sendiri okay :P

Lepas seharian jalan-jalan pusing-pusing Cable Car & 3D Art Museum nie, aku terus pergi ke Bird Paradise. Yup ! Aku memang tak makan lagi dari pagi. Inilah aku kalau dah holiday. Aku bukan jenis tumpu pada makan sangat. More to jalan HAHA. Disebabkan perut pon dah bunyi-bunyi je kerjanya, aku beli waffer yang ada jual kat kawasan Cable Car tuu. Beli waffer, air mineral botol besar, makan dalam kereta. Jimatkan. Waffer RM8 untuk dua orang. Air mineral standard harga RM3 sebotol. Harga anggaran tau sebab lupa dah. Makan sambil OTW ke Bird Paradise.

Okay. Sampai pon dah agak lewat. Dalam pukul5 sampai Bird Paradise. Bird Paradise & Cable Car nie, one way jee. So senanglah nak pergi pon sebab guna jalan yang sama jee. Harga masuk untuk Bird Paradise nie seorang hanya RM18.

Memang best masuk tengok binatang-binatang nie. Tenang jee. Kat Bird Paradise nie, bukannya ada burung je tauu. Semua jenis binatang ada. Buaya ada, arnab ada, rusa dan macam-macam lagi lah. Dibawah satu bumbung jee. Nak kasi makankat arnab pon boleh. Aku haritu adalah juga rasa detik tu. Memang syok....dah lah comel arnabnya.

Okay selesai je jalan-jalan kat Bird Paradise nie, aku terus pergi makannnnn. Laparkannn. Sape suruh tak makan dari pagi HAHAHA. Dah-dah jangan membebel. Jom kita pergi makan !


Inilah makanan aku untuk alas perut yang tersangat lapar tuu.
Laksa Power tepi airport. Ramai yang kata tak berapa sedap tapi bagi aku, sedap je. Okay je
Laksa power + Pasembur + Rojak Buah + Air Cincau + Air Teh Bunga = RM30




Cantikkan suasana kat sini. Tepi pantai memang suasana romantik. Air pantai yang tenang. Memang bestttt. :)

Lepas dari makan-makan, kami teruskan lagi perjalanan kami. Kami jalan-jalan je pusing-pusing Langkawi. Pada waktu malam kat Langkawi nie, tak syok sangat. Tkde pape pon. Kebanyakkan kedai pon dah tutup. Jadi disebabkan perut masih lagi lapar-lapar sikit, kami terus pergi makan kat Restorant Nelayan. Kat sini makanan dia memang best dan sangat berbaloi. Boleh pilih sendiri nak seafood apa dan nak masak apa. Memang syok ! Memang tak rugi mencuba. Mostly seafood kat sini segar-segar jee.


Nah ini semua lauk-lauk aku untuk makan malam punya. Memamg sedap.
Ketam stim + ikan pari bakar + udang butter + sotong goreng + nasi putih + ulam-ulaman + air tembikai susu + air tembikai = RM73. Memang terbaikkkk. Puas hati sangat !

Selesai makan apa semua. Apa lagi, balik tidur lah akuuuu. Badan pon dah penatkan. zzZZZzzz ~~

Hari ketiga, next entry okayyy. Will be continue ~

Kiraan bajet hari kedua:

Cable Car + 3D Art Museum = RM84 (dua orang)
Waffer + air mineral = RM11
Bird Paradise = RM36
Laksa Power + Pasembur + Rojak Buah + Air Cincau + Air Teh Bunga = RM30
Ketam stim + ikan pari bakar + udang butter + sotong goreng + nasi putih + ulam-ulaman + air tembikai susu + air tembikai = RM73

TOTAL = RM234

PERCUTIAN BAJET 4HARI 3MALAM DI PULAU LANGKAWI (HARI PERTAMA)

DAY 1 (05/04/2015)

Assalamualaikum. Entry hari nie nak citer pasal travel baru-baru ke Pulau Langkawi selama 4hari 3malam. Bajet-bajet dalam RM1000 untuk percutian 4hari 3malam.

Untuk hari pertama takde guna duit banyak sangat. Sampai je kat airport Langkawi tu, dah siap-siap orang tunggu. Jadi tak perlu lah nak sewa kereta kat airport tuu. Kawan yang stay kt Langkawi dah siap-siap sewa kereta dah. Sampai dari airport, terus pergi check-in hotel. Aku sewa hotel kat Citin Langkawi Hotel. Not bad lah tapi bagi aku hotel nie biasa-biasa je. Boleh lah untuk tidur apa sume kan. Nama lagi bajet. Semalaman hotel nie RM90.


Nie bangunan Citin Hotel




Okay tu suasana biliknya. Cantik. Not bad. 


Lepas mandi, rehat2 kan badan apa semua. Aku terus gerak pergi Telaga Pearl Habour. Yang tempat kapal-kapal mewah semua tuu. Kapal-kapal besar. Cantik sangat. Nak sewa takde duit lagi. Jadi pergi ambil gambar jela hihi. Kalau sekadar ambil gambar tu, mampulah. :P



Belakang tu lah kapal-kapal mewah tuu


Lepas dari jejalan kat Telaga Pearl Habour nie, aku terus pergi shopping mall. Oppss bukan nak shopping okayy. Tapi aku nak pergi beli tiket wayang jee. Time tu tengah famous cerita F&F 7. Aku nie belum tengok lagi, jadi pergi lah beli nak tengokkann. Kwn aku nie ikut jela kawan dia yg comey nie HAHA. Harga wayang kami seorang RM14 harga inc GST okayyy.



Memandangkan aku ambik waktu tiketnya lewat malam, jadi aku pergi beli makan dulu lah. Makan McD jee. Total McD: RM28.


Aku bukan makan kat situ pon. Disebabkan nak menghabiskan masa sementara tunggu waktu wayang tu, aku terus pergi lepak kat Dataran Lang. Masuk percuma jee. Lepak-lepak sambil bercerita + makan-makan. Orang takdelah ramai sangat. Tapi nak ambik gambar tu susah juga lah. Makin lewat malam, makin ramai juga orang nya.



Gambar di Dataran Lang

Dalam pukul10 lebih, aku terus gerak pergi shopping mall tu. Kata nak tengok wayangkan. Jadi, jomlah kita pergi ! :D Selesai tengok wayang, aku terus balik ke hotel untuk rehatkan badan. zzZZZzzz ~~

Hari kedua, next entry okayy. Will be continue ~

Kiraan bajet hari pertama:

Telaga Pearl Habour - FREE
Tiket wayang - RM28 (dua orang)
MCD - RM28 (dua orang)
Dataran Lang - FREE

TOTAL = RM56

Tuesday, April 28, 2015

CARA-CARA NAK PERGI KE KLIA 2 & PANDUAN MENAIKI FLIGHT DOMESTIC DI KLIA 2

Assalamualaikum. Entry hari nie cara-cara nak pergi ke KLIA 2 & panduan nak menaiki flight domestic kt KLIA 2. Pasti ramai yang dah tahu dan pasti ramai juga yang belum tahu. Macam aku juga lah dulu pun tak tahu juga macam mana nak pergi dan naik flight kt KLIA 2 nie sebab tak pernah lagi kan naik flight kat situ sehingga lah aku cuba sendiri hari tu dan dah tahu cara-caranya. Jadi aku nak kongsi lah serba sedikit panduannya.

CARA-CARA KE KLIA 2:

Banyak cara nak pergi ke KLIA 2 nie. Korang boleh menaiki KLIA Transit atau KLIA Express. Kalau tak silap ia akan mengambil masa selama 30minit macam tu lah. Memang laju lah. Selain tu, boleh juga naik bas atau teksi. Kalau naik teksi tu, mungkin mahal lah kan. Aku hari tu naik bas je memandangkan waktu flight aku masih lambat lagi. Jadi bolehlah slow-slow je kann. Kalau nak cepat, boleh lah naik KLIA Transit atau Express tuu.


Jengjeng ! Ini lah bas yang ke KLIA 2 tuu. Jetbus nama basnya. Cantikkk. Best juga. Siap tertidur lagi aku dalam bas tuuu HAHAHA.


Inilah tiket dan harganya, RM10 jee. Murahlah berbanding KLIA Transit atau Express atau teksi tuu. Tiket nie boleh dibeli dimana-mana kaunter di TBS. Masuk je kaunter mana-mana cakap nak pergi KLIA 2 dan pukul berapa. Nanti kat board ada tulis waktu-waktunya. Nanti dia minta I/C card kita. Bagi jela sebab dia nak key in data kita tuu. Nanti keluarlah tiketnya macam nie. :) 30minit sebelum bas sampai, kena turunlah ikut gate berapa dia bagi. Hari tu aku dapat Gate 5. So, turun terus pergi Gate 5. Tunggu lah diam-diam kat situ sesorg. :D


Gate 5


Ruang menunggu ketibaan bas

Lepas bas sampai, naiklah bas nak pergi ke KLIA 2. Ia mengambil masa selama 1jam. Memang sempat lah aku tidur HAHA. Okay harap entry cara-cara ke KLIA 2 nie dapat membantu serba sedikit pada korang-korang yang belum tahu lagi tuu.

PANDUAN MENAIKI FLIGHT DOMESTIC DI KLIA 2:

Naiklah transport apa-apa pon sama ada bas, teksi atau KLIA Transit atau Express tu, ia tetap akan stop di bawah. Jadi, kita-kita terpaksalah naik tangga escalator tuu. Takde lah tinggi sangat tangganya. Pendek-pendek tapi dalam dua kali naik macam tu lahh. Tapi belum sampai lagi.


Nanti korang follow je signboard nie. Jangan risau. Takkan sesat pon walaupun KLIA 2 nie besar. Pasti akan jumpa pada point yang sama je.


Lepas dari naik escalator tadi, jalan je terus ikut signboard balai perlepasan tu tau tau. Nanti korang jalan lagiiiiiiii...........hinggalah jumpa board nie. WELCOME TO KLIA 2. 


Sebelah kiri sebelum masuk pintu welcome tu, akan nampak KLIA 2 nie. Excited sangat dah kalau nampak nie.


Masuk je pintu welcome tu, korang akan nampak screen besar nie kat lobi. Dekat screen besar nie, akan ada waktu berlepas, number flight apa, gate berapa serta status semasa. Nanti cek tau kat boarding pass korang tu naik flight apa. Kepada sesiapa yang nak check-in luggage tu, korang akan nampak kiri kanan kaunter check-in luggage. Pergi je kat kaunter mana-mana.


Untuk check-in boarding pass lak, korang boleh pilih sama ada nak check-in melalui web atau mobile atau kaunter atau kat mesin nie. Senang kan? Jangan lupa check-in tauu. Aku hari tu check-in kat kaunter je. Nak buat check-in mobile tapi tak jadi mungkin line slow kot. Tapi kalau korang macam pening-pening lalat kan, korang boleh lah tanya mana-mana petugas yang sedia membantu korang semua. Jangan risau yee.


Untuk flight domestic, Gate dia hanya J & K jee. Nanti dah buat check-in, kat boarding pass tu akan ada Gate berapa korang kena masuk. Kalau aku dapat Gate K2.


Ini untuk pelepasan antarabangsa sahaja. Jangan silap masuk tauu.


Nahhh ini lah rupa boarding pass aku. Disebabkan aku check-in kat kaunter, orang tu kasi bulat besar-besar kat tiket aku tuu. Gate berapa dan waktu last boleh masuk. Senang lah untuk aku nie kan hehe.


Saje je *menggedik* nak letak beg atas nie. Bila lagi nak guna kann HAHAHA


Lepas selesai check-in semua. Bolehlah korang masuk. Lepas melepasi pintu J & K nie, kena lalui satu saat yang genting. HAHA takde lah. Nanti lepas masuk gate nie, kena buat pemeriksaan dulu. Kena scan barang-barang dulu. Barang-barang terlarang tidak boleh dibawa masuk okayyy. Nanti tak lepaslah korang nak naik flight tu. Contoh barang-barang terlarang seperti; mercun, pisau dan sewaktu dengannya.


Lepas cek-cek barang semua tu, jangan lupa ambik lak barang-barangnya, Lepas dari tu, korang kena turun tangga escalator lagi. Turun ke bawahhhh. Gate untuk K, korang kena jalan depan sikit lepas tu belok kanan. Untuk Gate J, turun je escalator belok kiri terus. Untuk ke Gate K, kena turun escalator lagi dalam 3 atau 4 kali lah. Lupa jugak. Nanti kena jalan lagi hingga lah jumpa gate korang nombor berapa. Nasib baik aku dapat Gate depan. Gate K2. Kalau x, memang jenuh nak berjalan. Kalau dapat K20 lagi lah jauh tauuu. Penat juga berjalannya. Dapat gate depan nie, alhamdulillah lah. Dekat jee. :) Nanti depan gate tu, korang siap-siap keluarkan I/C tau. Sebab nanti dia akan minta nak buat checking dengan boarding pass kita tu. Tak sampai 2minit pon. Dia nak tengok jee.


Snap flight orang lain dulu masa kat ruang menunggu sebelum naik flight.


Saat yang di nanti-nantikan telah tiba. Pintu masuk ke body flight. Bismillahirrahmanirrahim


Flight bakal berlepas pada bila-bila masa sahaja


View awan. Cantikkannn




Alhamdulillah penerbangan selama 1jam telah selamat tiba dengan selamatnya. Alhamdulillah. Terima kasih AirAsia. InsyaALLAH next time boleh naik lagi. Kepada korang yang baru first time nak naik flight kt KLIA 2 tu, harap entry nie dapat membantu korang serba sedikit. Maaf diatas kekurangan entry ini. Okaylah jumpa lagi kat entry seterusnya. :)

Monday, April 27, 2015

TEMPAT LETAK BARANG DI TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Assalamualaikum. Hari nie aku nak cerita pasal tempat letak barangan/bagasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Mesti ramai yang dah tahukan dengan TBS nie. So tak perlu lah aku bercerita sangat pasal TBS nie kan. Tapi kepada sesiapa yang belum pernah jejak kaki ke sana atau bakal jejak kaki, TBS nie tempat dimana kebanyakkan bas dari pelbagai negeri akan berkumpul di situ. Senang citer, semua bas dari pelbagai negeri ada kat situlah. Macam-macam jenis bas ada. Tak perlu juga kita nak ke sana ke sini. Hanya berkumpul di satu tempat sahaja. TBS nie lebih kurang macam airport jee. Ada tempat berlepas, tempat ketibaan. Memang macam airport lah. Kat sini macam selamat sikit kalau sampai pukul4, 5 pagi pon. Tapi barangan peribadi WAJIB dijaga dengan rapi okayy. Jangan leka sangat. Kat TBS nie pon ada surau, medan makanan, kedai-kedai makan yang lain, KFC dan lain-lain lah. Memang lengkap di bawah satu bumbung. Ohh yaa kat sini pon ada tempat tidur tauu. Orang panggil capsul. Aku takpernah lagilah tdur kat situ. So bayaran pun tak tahu berapa. Maybe next time cuba tidur. Aku selalunya duk dalam surau je. Surau dia besar. So jangan risau yee. Mostly selamat kat TBS nie.

Oppsss okay okay macam dah lari topik je nie hehehe. Back to entry.

Tahu ke tak kat TBS ada tempat letak barangan/bagasi? Kepada sesiapa yang taknak bawak begnya ke hulu ke hilir tu, berat sangat kannn. Apa kata korang tinggal je barangan/bagasi korang tu kat tempat letak barangan/bagasi tu dulu. Lepas tu boleh la pergi jejalan tanpa bawa barangan/bagasi berat-berat tuu. Tapi macam biasalah kan kat mana-mana pon ada bayaran juga. Nak masuk tandas sekali pon kena bayar juga kann haha.


Nahh nie antara tempat-tempat letak barangan/bagasi. Korang boleh pilih mana-mana lokar yang korang suka :)


Nie pula polisi sewaan loker barangan/bagasi di TBS. Jadi kenalah follow syarat-syaratnya kalau taknak jadi pape kan. Just simple rules ;)


Nahhhh ini lak apa ye?? Jengjengjengggg.......Kalau nak tahu, nie lah mesin yang kita perlu key in data macam nombor berapa loker kita nak dan password loker kita. Selamat kan? Sebab takde orang pon tahu barangan/bagasi kita kat mana dan passwordnya apa. Orang lain takdapat lah nak buka loker kita nie kannn. InsyaALLAH dijamin selamat.


Inilah lokernya. Ada size kecil dan size besar. Bayaran berlainan mengikut size loker yee. Harga bayaran ada kat rules tadi tauu. Rajin-rajinlah scroll ke atas yee. Hihi


Inilah "makcik" sedang key in data loker yang dia nak hihi.

Aku rasa sepanjang aku letak barangan/bagasi kat loker TBS nie, alhamdulillah selamat lagi. InsyaALLAH selamat kalau kita yakin kan. Dah dua kali aku letak barangan/bagasi kat sini kalau setiap kali pergi KL. Sebab aku malas nak bawa barangan/bagasi ke hulu ke hilir nie. Malaskannn hahaha. Aku selalunya sewa yang kecil je sebab dah muat dengan barangan aku bawa tuu. Sewa yang besar-besar wat apa kan. Ukur beg di loker sendiri lah haha. Ubah sikit.

Okaylah harap entry kali membantu sesiapa yang nak letak barangan/bagasi di TBS nie. InsyaALLAH selamat. Maaf diatas kekurangan atau tersalah. :)