Friday, April 03, 2015

STEAMBOAT DAN GRILL

Assalamualaikum. Tetiba memalam nak tulis entry sikit padahal badan dah penat habis dah. Tapi takpe demi kenangan, aku sanggup berjaga sekejap :D

Malam nie saje je nak cerita pasal STEAMBOAT & GRILL kat area Dungun, Terengganu nie. Mesti ramai tercari-cari kan kat manalah steamboat & grill kat Dungun nie. Memang susah nak cari. Sepanjang study kat UiTM Dungun nie, memang susah nak jumpa. Dulu adalah satu kedai steamboat & grill nie tapi sekarang dah close. Aku pun tak tahulah kenapa. Dulu kedai dia nama "Makang Sekak Sekak Nok". Biasa-biasa jela. Harga standard biasa lah. Seorang dalam RM25++ rasanya. Aku pon dah lupa. Tapi yang aku pergi hari nie, murah jeee. Murah sangattttttttttt dan kenyang jugak. ALHAMDULILLAH hehehe. Nak tahu kat mana?? Jom baca lagi......


Sape pernah tengok signboard nie angkat tangan?? HAHA *memain je jgn la angkat betul-betul*

Percaya tak kat MEGI KETAM BISTRO nie ada steamboat & grill?? Bukan setakat jual megi ketam je okayyy...korang mesti kena percaya sebab aku and de geng baru je lepas p makan kat sini. Korang tanya hargaaaa?? MURAH sangat ! Dia bukan ikut sekepala macam kedai steamboat & grill yang lain tauu. Dia ikut hidangan. Satu hidangan berharga RM30. Murahkann? Tak kisah lah kau nak bawak bape orang pon nak makan tuu. Tapi.....nah ada tapi lakkk....tapi hidangan dia letak tu tak banyak laaa. Macam aku satu geng 3 orang. Cukuplah untuk hidangan tuu. Jadi kami seorang bayar RM10 jelah. Kalau korang bawak ramai lagi, murah lah lagi. Tapi rasa hidangan dia kasi tu dalam 3-4 orang makan jee. Sebab kalau tak silap 100gram je dia letak setiap makanan dalam big plate dia tuuu.


Nie lah big plate yang aku maksudkan tuu. Serba sedikit dia masukkan. Macam udang 3/4 ekor macam tuu. Ayam 3 jenis, daging 3 jenis DLL lahh.

Tapi tuk kami 3 orang makan nie, tersangat kenyang ! TERSANGAT KENYANG okayyy. Mula-mula tengok tu memang lah macam cukup ke kami 3 orang nie *biasalah tamak sangatkan* tapi kalau dah sekali makan tu ! ambik kauuu...kenyang giler ! ALHAMDULILLAH hihi. Lain kali, jangan tamak ye adik-adik kakak-kakak makcik-makcik sekalian. Cuba makan dulu baru tahu tahap kekenyangnya macam mana hahaha. Lupa lak nak bgtau. Dia ada dua jenis kuah tauu. Kuah sup & kuah tomyam. Kami ambik kuah tomyam. Perrggghhhh memang terbaiklah kuah tomyam diaaa. Sedap ! Kauww kauuww punyalah. Sedap sangat ! Tak rugi pon cuba kat sini. SEDAP ! PUAS HATI ! Dah lah murah kann.


Nahhh nie lah kuah tomyam yang aku citer tuu. Memang tiptop lahh ! Cuba lah kalau tak percaya *maaf pic senget tak tahu kenapa padahal dah rotate*


Memang kasi habis kami makan. Takde tinggal pon. Siap mintak megi lebih lagi. HAHA

Kalau nak tahu betul sedap ke takkkk. Jangan lupa pergi sendiri cuba yee. Megi ketam bistro nie bukak petang hingga malam. Nama lagi bistro kann. Mestilah malam-malam baru syokkk. Ye takkkk?? Apa pon, jangan lupa cuba tauuuuu...

Secara ringkasnya:

Tempat: Megi Ketam Bistro, Dungun
Waktu operasi: Petang hingga malam (3:00p.m - 1:00a.m)
Nama makanan: Steamboat & grill
Hidangan: 3 - 4 orang
Harga: RM30/hidangan
Jenis kuah: Kuah sup/kuah tomyam

Untuk maklumat lanjut:

Alamat: Jalan Teluk Lipat, 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
Nombor telefon: 0139108777

..SELAMAT MENCUBA GUYS..

No comments:

Post a Comment