Tuesday, April 28, 2015

CARA-CARA NAK PERGI KE KLIA 2 & PANDUAN MENAIKI FLIGHT DOMESTIC DI KLIA 2

Assalamualaikum. Entry hari nie cara-cara nak pergi ke KLIA 2 & panduan nak menaiki flight domestic kt KLIA 2. Pasti ramai yang dah tahu dan pasti ramai juga yang belum tahu. Macam aku juga lah dulu pun tak tahu juga macam mana nak pergi dan naik flight kt KLIA 2 nie sebab tak pernah lagi kan naik flight kat situ sehingga lah aku cuba sendiri hari tu dan dah tahu cara-caranya. Jadi aku nak kongsi lah serba sedikit panduannya.

CARA-CARA KE KLIA 2:

Banyak cara nak pergi ke KLIA 2 nie. Korang boleh menaiki KLIA Transit atau KLIA Express. Kalau tak silap ia akan mengambil masa selama 30minit macam tu lah. Memang laju lah. Selain tu, boleh juga naik bas atau teksi. Kalau naik teksi tu, mungkin mahal lah kan. Aku hari tu naik bas je memandangkan waktu flight aku masih lambat lagi. Jadi bolehlah slow-slow je kann. Kalau nak cepat, boleh lah naik KLIA Transit atau Express tuu.


Jengjeng ! Ini lah bas yang ke KLIA 2 tuu. Jetbus nama basnya. Cantikkk. Best juga. Siap tertidur lagi aku dalam bas tuuu HAHAHA.


Inilah tiket dan harganya, RM10 jee. Murahlah berbanding KLIA Transit atau Express atau teksi tuu. Tiket nie boleh dibeli dimana-mana kaunter di TBS. Masuk je kaunter mana-mana cakap nak pergi KLIA 2 dan pukul berapa. Nanti kat board ada tulis waktu-waktunya. Nanti dia minta I/C card kita. Bagi jela sebab dia nak key in data kita tuu. Nanti keluarlah tiketnya macam nie. :) 30minit sebelum bas sampai, kena turunlah ikut gate berapa dia bagi. Hari tu aku dapat Gate 5. So, turun terus pergi Gate 5. Tunggu lah diam-diam kat situ sesorg. :D


Gate 5


Ruang menunggu ketibaan bas

Lepas bas sampai, naiklah bas nak pergi ke KLIA 2. Ia mengambil masa selama 1jam. Memang sempat lah aku tidur HAHA. Okay harap entry cara-cara ke KLIA 2 nie dapat membantu serba sedikit pada korang-korang yang belum tahu lagi tuu.

PANDUAN MENAIKI FLIGHT DOMESTIC DI KLIA 2:

Naiklah transport apa-apa pon sama ada bas, teksi atau KLIA Transit atau Express tu, ia tetap akan stop di bawah. Jadi, kita-kita terpaksalah naik tangga escalator tuu. Takde lah tinggi sangat tangganya. Pendek-pendek tapi dalam dua kali naik macam tu lahh. Tapi belum sampai lagi.


Nanti korang follow je signboard nie. Jangan risau. Takkan sesat pon walaupun KLIA 2 nie besar. Pasti akan jumpa pada point yang sama je.


Lepas dari naik escalator tadi, jalan je terus ikut signboard balai perlepasan tu tau tau. Nanti korang jalan lagiiiiiiii...........hinggalah jumpa board nie. WELCOME TO KLIA 2. 


Sebelah kiri sebelum masuk pintu welcome tu, akan nampak KLIA 2 nie. Excited sangat dah kalau nampak nie.


Masuk je pintu welcome tu, korang akan nampak screen besar nie kat lobi. Dekat screen besar nie, akan ada waktu berlepas, number flight apa, gate berapa serta status semasa. Nanti cek tau kat boarding pass korang tu naik flight apa. Kepada sesiapa yang nak check-in luggage tu, korang akan nampak kiri kanan kaunter check-in luggage. Pergi je kat kaunter mana-mana.


Untuk check-in boarding pass lak, korang boleh pilih sama ada nak check-in melalui web atau mobile atau kaunter atau kat mesin nie. Senang kan? Jangan lupa check-in tauu. Aku hari tu check-in kat kaunter je. Nak buat check-in mobile tapi tak jadi mungkin line slow kot. Tapi kalau korang macam pening-pening lalat kan, korang boleh lah tanya mana-mana petugas yang sedia membantu korang semua. Jangan risau yee.


Untuk flight domestic, Gate dia hanya J & K jee. Nanti dah buat check-in, kat boarding pass tu akan ada Gate berapa korang kena masuk. Kalau aku dapat Gate K2.


Ini untuk pelepasan antarabangsa sahaja. Jangan silap masuk tauu.


Nahhh ini lah rupa boarding pass aku. Disebabkan aku check-in kat kaunter, orang tu kasi bulat besar-besar kat tiket aku tuu. Gate berapa dan waktu last boleh masuk. Senang lah untuk aku nie kan hehe.


Saje je *menggedik* nak letak beg atas nie. Bila lagi nak guna kann HAHAHA


Lepas selesai check-in semua. Bolehlah korang masuk. Lepas melepasi pintu J & K nie, kena lalui satu saat yang genting. HAHA takde lah. Nanti lepas masuk gate nie, kena buat pemeriksaan dulu. Kena scan barang-barang dulu. Barang-barang terlarang tidak boleh dibawa masuk okayyy. Nanti tak lepaslah korang nak naik flight tu. Contoh barang-barang terlarang seperti; mercun, pisau dan sewaktu dengannya.


Lepas cek-cek barang semua tu, jangan lupa ambik lak barang-barangnya, Lepas dari tu, korang kena turun tangga escalator lagi. Turun ke bawahhhh. Gate untuk K, korang kena jalan depan sikit lepas tu belok kanan. Untuk Gate J, turun je escalator belok kiri terus. Untuk ke Gate K, kena turun escalator lagi dalam 3 atau 4 kali lah. Lupa jugak. Nanti kena jalan lagi hingga lah jumpa gate korang nombor berapa. Nasib baik aku dapat Gate depan. Gate K2. Kalau x, memang jenuh nak berjalan. Kalau dapat K20 lagi lah jauh tauuu. Penat juga berjalannya. Dapat gate depan nie, alhamdulillah lah. Dekat jee. :) Nanti depan gate tu, korang siap-siap keluarkan I/C tau. Sebab nanti dia akan minta nak buat checking dengan boarding pass kita tu. Tak sampai 2minit pon. Dia nak tengok jee.


Snap flight orang lain dulu masa kat ruang menunggu sebelum naik flight.


Saat yang di nanti-nantikan telah tiba. Pintu masuk ke body flight. Bismillahirrahmanirrahim


Flight bakal berlepas pada bila-bila masa sahaja


View awan. Cantikkannn




Alhamdulillah penerbangan selama 1jam telah selamat tiba dengan selamatnya. Alhamdulillah. Terima kasih AirAsia. InsyaALLAH next time boleh naik lagi. Kepada korang yang baru first time nak naik flight kt KLIA 2 tu, harap entry nie dapat membantu korang serba sedikit. Maaf diatas kekurangan entry ini. Okaylah jumpa lagi kat entry seterusnya. :)

2 comments:

  1. nak tanya lah msa booking tiket flight ni,boleh plih seat ke? atau dia yg aturkn?? hrp dibls hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Fany Fyra baru balas. Boleh je kita pilih sendiri tapi kena caj lah. Paling murah RM8++ rasanya. Tak pun RM10. Kalau nak dia aturkan pon boleh, free je seat tuu :)

      Delete