Monday, April 27, 2015

TEMPAT LETAK BARANG DI TERMINAL BERSEPADU SELATAN (TBS)

Assalamualaikum. Hari nie aku nak cerita pasal tempat letak barangan/bagasi di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Mesti ramai yang dah tahukan dengan TBS nie. So tak perlu lah aku bercerita sangat pasal TBS nie kan. Tapi kepada sesiapa yang belum pernah jejak kaki ke sana atau bakal jejak kaki, TBS nie tempat dimana kebanyakkan bas dari pelbagai negeri akan berkumpul di situ. Senang citer, semua bas dari pelbagai negeri ada kat situlah. Macam-macam jenis bas ada. Tak perlu juga kita nak ke sana ke sini. Hanya berkumpul di satu tempat sahaja. TBS nie lebih kurang macam airport jee. Ada tempat berlepas, tempat ketibaan. Memang macam airport lah. Kat sini macam selamat sikit kalau sampai pukul4, 5 pagi pon. Tapi barangan peribadi WAJIB dijaga dengan rapi okayy. Jangan leka sangat. Kat TBS nie pon ada surau, medan makanan, kedai-kedai makan yang lain, KFC dan lain-lain lah. Memang lengkap di bawah satu bumbung. Ohh yaa kat sini pon ada tempat tidur tauu. Orang panggil capsul. Aku takpernah lagilah tdur kat situ. So bayaran pun tak tahu berapa. Maybe next time cuba tidur. Aku selalunya duk dalam surau je. Surau dia besar. So jangan risau yee. Mostly selamat kat TBS nie.

Oppsss okay okay macam dah lari topik je nie hehehe. Back to entry.

Tahu ke tak kat TBS ada tempat letak barangan/bagasi? Kepada sesiapa yang taknak bawak begnya ke hulu ke hilir tu, berat sangat kannn. Apa kata korang tinggal je barangan/bagasi korang tu kat tempat letak barangan/bagasi tu dulu. Lepas tu boleh la pergi jejalan tanpa bawa barangan/bagasi berat-berat tuu. Tapi macam biasalah kan kat mana-mana pon ada bayaran juga. Nak masuk tandas sekali pon kena bayar juga kann haha.


Nahh nie antara tempat-tempat letak barangan/bagasi. Korang boleh pilih mana-mana lokar yang korang suka :)


Nie pula polisi sewaan loker barangan/bagasi di TBS. Jadi kenalah follow syarat-syaratnya kalau taknak jadi pape kan. Just simple rules ;)


Nahhhh ini lak apa ye?? Jengjengjengggg.......Kalau nak tahu, nie lah mesin yang kita perlu key in data macam nombor berapa loker kita nak dan password loker kita. Selamat kan? Sebab takde orang pon tahu barangan/bagasi kita kat mana dan passwordnya apa. Orang lain takdapat lah nak buka loker kita nie kannn. InsyaALLAH dijamin selamat.


Inilah lokernya. Ada size kecil dan size besar. Bayaran berlainan mengikut size loker yee. Harga bayaran ada kat rules tadi tauu. Rajin-rajinlah scroll ke atas yee. Hihi


Inilah "makcik" sedang key in data loker yang dia nak hihi.

Aku rasa sepanjang aku letak barangan/bagasi kat loker TBS nie, alhamdulillah selamat lagi. InsyaALLAH selamat kalau kita yakin kan. Dah dua kali aku letak barangan/bagasi kat sini kalau setiap kali pergi KL. Sebab aku malas nak bawa barangan/bagasi ke hulu ke hilir nie. Malaskannn hahaha. Aku selalunya sewa yang kecil je sebab dah muat dengan barangan aku bawa tuu. Sewa yang besar-besar wat apa kan. Ukur beg di loker sendiri lah haha. Ubah sikit.

Okaylah harap entry kali membantu sesiapa yang nak letak barangan/bagasi di TBS nie. InsyaALLAH selamat. Maaf diatas kekurangan atau tersalah. :)

36 comments:

  1. Salam, awak.. Nk Tanya.. Kalau nk letak barang selama lebih 24 jam Mcm mna yer?

    ReplyDelete
  2. Salam, awak.. Nk Tanya.. Kalau nk letak barang selama lebih 24 jam Mcm mna yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ohh klu dulu bole je nk tgl lama mana. Tapi skg 2016 nie, da tk boleh. Hga 12jam je klu tak silap. ☺

      Delete
  3. Terima kasih sis. Post ni sngt membantu ^^

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kat level 1. Msk je terus npk loker² yg byk nie :)

      Delete
  5. muat ke nak letak lugage yg utk loker size besar tu eh ? ._.'

    ReplyDelete
    Replies
    1. lugage awk besar mana ye? insyaAllah muat jee. sbb loker pon ada banyak size jugak :)

      Delete
  6. Awak kalau beg besar2 tu ade eh locker dia jugak sbb takut dah sampai takde locker besar pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan risau locker hati saya muat untuk awak

      Delete
    2. Ada je awak. Banyak size juga loker, sy pernah tengok org simpan bagasi yang besar dlm loker. Muat jee :)

      Delete
  7. Nak tanya. Betulke takde rate more than 24 hours?. Memang 12 jam je?

    ReplyDelete
  8. Nak tanya. Betulke takde rate more than 24 hours?. Memang 12 jam je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ha'ah sekarang dah 12jam jee. Kalau 24jam tu, saya tak sure lak sekarang boleh lagi ke tak. Kalau tak silap sekarang, kalau lebih dari 12jam, kena caj.

      Delete
  9. terimas najibah, canget membantu kite

    ReplyDelete
  10. Skrg ni harga sma lgi ke?? Sy first time nk ke tbs ni..ingt nk tinggl luggage sblm jln2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam sama lagi. Tak sure juga laa awak sebab dah lama tak pergi sana.

      Delete
  11. Salam...
    Nk tnya kan kita da simpan brg...
    Then kita nk ambik brg kita kita cuma key in password loker sahaja then pintu itu akan buka atau mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. yup betul tuu. msk kan pssword yg dh kita key in tdi tuu. nti pintu akan terbuka sendiri. so kena ingat laa pssword tuu :)

      Delete
  12. Kalau lebih 24 jam dia akan charge waktu kita nak ambil barang keluar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry baru balas. kalau tak silap dia akan caj lain kalau dah lebih dari waktu tuu :)

      Delete
  13. Bulan lepas sy pegi simpan brg kat tbs,dah xboleh lebih drpd 12 jam.harga msh sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yeke. sekarang dah berapa jam? 6jam eh? kalau nak letak lebih dari tuu mcm mne plak? kena tambah duit lain laa yee?

      Delete
    2. Brp ye rate hrga utk 12 jam?

      Delete
    3. Kalau lebih dari time dia kasi kena charge tambahan ke time nak keluarkan barang dari loker?

      Delete
  14. Boleh tau dia guna password or still dia bg kunci yea.

    ReplyDelete
  15. klau yg kecik tu besar mne je eh size dia?

    ReplyDelete
  16. Terima kasih sbb share����sgt helpful����

    ReplyDelete
  17. Pada sistem dia tetapkan RM5 bagi setiap 6 jam.. so kalau saya letak 8 jam.. kira macam mana. Bayaran lebih nak bayar macam mana.

    ReplyDelete
  18. post TT ni tak membantu langsung laa kalo nk letak brg lebih 24 jam., hawauuu btolla ;( samada kene caj lebih atau mesin akan otomatik terbukak atau ada penjaga buang brg2 kita tuh?? hmm

    ReplyDelete
  19. Kalau tinggal drum boleh x

    ReplyDelete