Wednesday, March 09, 2016

Makanan Jepun Di Malaysia

Hai hai. Assalamualaikum warga pembaca blog sekalian. Jumpa lagi kita nampaknyakan. Entry kali nie nak berceloteh tentang makanan sikit. Kepada yang belum makan tu, jaga-jaga lah yee. Takut nanti makin lapar lak. Baik sediakan makanan terlebih dahulu yee haha. Ada gambar makanan nie jap lagi. Aku taknak bertanggungjawab okayyyy :P

Dekat Malaysia sekarang nie, macam-macam dah ada. Makanan Korea, makanan Thailand, makanan Vietnam lah dan macam-macam lagi. Tapi hari nie aku nak cerita pasal makanan Jepun. Aku tahu sekarang nie dah berlambak makanan antarabangsa nie “naik”. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan dah haha.

Makanan Jepun yang aku nak cerita nie, dekat jee. Dekat mana? Dekat MidValley, Kuala Lumpur jee. Aku rasa restaurant nie baru buka kot lahh. Sebab last aku pergi KL akhir bulan 11 tahun lepas; 2015, masa tu tkde lagi. Nie bulan 2 2016 nie aku pergi lagi, tengok-tengok dah ada. So aku tunggu apa lagi. Terus serbu lah. HALAL okay. Jangan risau. Mula-mula aku sendiri risau jugak takut-takut tak halalkan. Usha punya usha, tengok staff dia pakai tudung, cakap melayu. Sah-sah halalkan. So masuk jelaaa :P

Restaurant nie nama dia ‘Yoshinoya & Hanamaru’, level atas sekali sebaris dengan wayang. Tapi kalau korang naik dari escalator dekat wayang tu, korang kena jalan ke depannnnnnnnn lagi hingga lah hujung tanduk. Sebab restaurant dia dekat dengan kedai haiwan tuu. Wonderland Pet ke apa nama kedai binatang tuu. Sebelah kanan restaurant nie. Kalau naik escalator dekat Wonderland Pet nie, terus belok kanan. Terus jumpa sebab memang dekat escalator tu jee restaurant dia.

Harga?? Jangan risau lah ! harga dia mampu makan. Aku pun takde masuk kedai mahal-mahal nie padahal makanan sama je Cuma harga je yang beza haha. Paling murah RM8.90 kalau tak silap aku. Tak sampai berpuluh-puluh ringgit pon satu mangkuk. Murah-murah jee. Jangan risau yee. Sila makan dengan kenyang tanpa ragu-ragu haha.

JENG JENG JENG ! Jaga-jaga makanan bakal keluar nie ! :P nie antara makanan yang aku makan hari tu.



Beef Udon, Spicy Miso Udon Chicken, Karaage & Green tea


Spicy Miso Udon Chicken


Beef Udon


Karaage (Nie ayam yee tapi rasa dia pedas. Tapi pedas dia lain dari pedas kita)


Green tea


Nahhh ! Sampai habis kami makan. Sedappppp weiiiiii

AMARAN: Mohon jangan tamak nanti yee. Beli yang medium pon dah kenyang nie ye. Jangan berlagak nak beli yang large lakk. Takut nanti terlampau kenyang jee. Nie pun terlampau kenyang dah. Tapi pilihan di tangan anda :)

Total:
Beef udon – RM12.80
Spicy miso udon chicken – RM12.80
Karaage – RM4/batang
Green tea (boleh refill sampai terkencing) – RM1.50
Total semua – RM31.10 (Murahkannnn?)

Makan kat sini sangat puas hati. Rugi tak cuba. Nanti pergilah cuba mana yang dekat tu yee. Besttttttt ! :P

Oklah. Cukup dulu entry untuk malam ini. Selamat malam semua. Tidur dulu lah yee. Assalamualaikum. :)

Tips Temuduga/Interview (Bahagian 2)

Assalamualaikum. Jumpa lagi kita d entry Bahagian 2 bagi tips interview nie. Macam mana dengan entry Bahagian 1? Okay tak? Faham tak? Kalau tak faham, boleh komen dibawah entry tu atau pon baca lagi sehingga faham yee hihi. Bagi yang 1st time nak interview nie, aku rasa tips kali sangat membantu kot. Bagi yang 2nd atau 3rd atau kali ke bape entah dah tu, boleh juga baca. Mana tahu dapat lagi membantu diri kita semuakan. Entry kali nie mungkin agak panjang sikit kot sebabnya nak berceloteh tentang tips sebelum, semasa & selepas interview. Harap sudi baca hingga habis okay. Nama lagi tips kan. Rajin-rajin lah baca ye sebab aku pon rajin-rajin juga tuk menulis nie demi korang HAHAHA.

Tips sebelum temuduga:

1) Kenali syarikat – Sebaiknya sebelum kita nak pergi interview keesokkan hari tu, kita HARUSlah membuat sedikit research tentang syarikat yang bakal meng-interview kita nie. Takut-takut syarikat tu menipu ke apakan. Seeloknya buat dulu kajian tentang syarikat. Tahu dulu serba sedikit tentang syarikat seperti bila syarikat ditubuhkan, siapa CEO syarikat & apa focus utama syarikat tersebut. INGAT, kekadang semasa interview, penemuduga akan tanya tentang syarikat mereka. Takkan korang nak jawab tak tahu lakkan. Memang sah-sah kena reject nanti.

2) Kenali jawatan – Mesti sebelum korang apply kerja d sesebuah syarikat tu, mesti korang tahukan nak apply jawatan apa kan. Tapi korang tahu ke cara kerja jawatan tersebut? Kalau korang betul faham takpe. Kalau bagi yang faham tak faham nie, baik korang cepat-cepat buat research dalam google apa kerja yang perlu dilakukan kalau dapat jawatan tersebut. Wajib untuk anda tahu skop kerja jawatan tersebut. Kekadang penemuduga nie sengaja juga tanya apa anda tahu dan faham tentang jawatan tersebut. Ingat ye....penemuduga akan tanya tuu sebab aku sendiri dah kena. Tapi nasib baik buat research dulu sekurang-kurangnya boleh jawab serba sedikit.

3) Kelengkapan diri – Aku nasihatkan korang, tolonglah seterika/iron baju tu awal-awal takut nanti keesokkan hari bangun agak lewat kan. Takde lah kelam kabut sangat. Tapi sebaiknya tidur awal untuk mengelakkan daripada sesuatu yang tidak d ingini berlaku macam bangun lewat. Tapi tak solat subuh ke korang? Opsss.... Dan satu lagi, tolongnya korang, tolong kemas-kemaskan file yang korang nak bawak untuk pergi interview tu sebaik yang mungkin. Tolonglah susun mengikut turut yang betul. Resume tu print biar jelas, letak dalam file sekali dengan sijil-sijil yang lain. Takut nanti tertinggal. Buat salinan fotokopi setiap sijil-sijil yang ada. Takut-takut pihak syarikat nak salinan sijil-sijil anda. Sekurang-kurangnya korang dah sediakan. Lepas siap susun secantik dan sebaik yang mungkin, letaklah dalam satu beg untuk d bawa besok.

4) Bangun awal – Kepada calon-calon interview semua, anda d nasihatkan untuk tidur awal sebab senang untuk anda bangun awal pagi untuk membuat persiapan terakhir anda.

5) Sarapan – Ini sangat penting untuk tubuh anda. Cubalah untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi interview. Sebab tu lah aku suruh korang bangun awal. Jamahlah sedikit makanan dan minuman terlebih dahulu. Sekurang-kurang roti dan air milo. Ini dapat memberi anda tenaga untuk interview nanti.

6) Sampai awal – Sesetangah syarikat sangat menitik beratkan waktu yang telah d tetapkan. Mereka mungkin tidak memberi tahu kepada anda tapi mereka memerhati telatah anda. Sebaiknya sampailah dalam 15minit awal sebelum interview berlangsung. Lagi awal, lagi bagus. Sampai awal juga dapat memberi anda ketenangan.

7) Gula-gula getah – Bagi korang yang rasa mulut tak selesa, berbau dan sebagainya makanlah terlebih dahulu gula-gula getah nie. Tapi sebelum masuk bilik interview,buang okay. Jangan nak simpan sambil-sambil kunyah dalam bilik interview lakk. Nampak kurang ajarkan tu.

8) Selawat – Bagi yang beragama Islam, semasa d ruang menunggu, sebaiknya sentiasalah berselawat kepadaNya dan berdoa semoga segala urusan berjalan dengan lancar. Elakkan daripada berbual kosong.


Nie doa yang umi aku kasi sebelum masuk bilik temuduga. Rajin-rajinlah baca yee. Kalau hafal lagi bagus. Hafal sekali dengan maknanya okay !

9) Mohon restu – Ini sangat penting, mohon dan pintalah restu mak ayah sebelum masuk ke bilik interview. Sekarang zaman makin canggihkan. WhatsApp lah mereka untuk sepatah dua kata. Minta mereka doakan untuk kita juga. Doa yang paling mujarab adalah doa ibu bapa kita sendiri.

10) Bertenang – Sementara tunggu nama anda dipanggil, cubalah untuk tenangkan diri daripada debaran. Tarik nafas hembus nafas sebanyak yang mungkin dan sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan.

Tips semasa temuduga:

1) Salam – Amallah sikap yang suka memberi salam. Ini akan melambangkan keperibadian diri anda. Masuk sahaja pintu untuk ditemuduga, terus memberi salam kepada penemuduga “Assalamualaikum”,”Selamat pagi”. Memberi salam dalam keadaan bibir tersenyum ye. Tenang sikit kalau penemuduga tu tengokkan. Duduk selepas diberi kebenaran untuk duduk.

2) Tenang – Sentiasalah dalam keadaan tenang semasa menjawab soalan-soalan yang akan ditanya. Jawablah dengan senyuman yang manis. Soalan pertama yang famous ditanya nanti adalah “Sila perkenanlkan diri anda” kekadang penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris. Kalau mereka tanya dalam BM, jawab dalam BM..Kalau BI, korang speaking jela yee. Dalam introduce yourself nie, ada 5 isi penting yang perlu diceritakan. Antaranya ialah:

a.    Latar belakang (nama & tempat tinggal)
b.   Kelayakan (kelulusan; SPM, DIPLOMA, DEGRAA, MASTER, PHD)
c.    Aktiviti ko-kurikulum
d.   Pengalaman kerja (jika ada)
e.    Kemahiran/kelebihan

Contoh ayat:

Selamat pagi, saya {Siti Fatimah Binti Faizal – nama anda} dan saya berasal dari {Petaling Jaya, Selangor – tempat tinggal anda}. Saya adalah pemegang {Diploma Perakaunan – kelulusan anda} dari {Universiti Teknologi MARA – tempat belajar anda}. Semasa masih bergelar pelajar, saya pernah terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum {Rekreasi, Kelab Kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah – aktiviti anda}. Saya belum ada pengalaman bekerja (jika ada, sila nyatakan pengalaman bekerja – Sebelum ini saya pernah bekerja di Bangi, Selangor sebagai {kerani di sebuah pusat tuisyen) – pengalaman kerja anda}. Semasa masih belajar, saya pernah menjadi {pengerusi – kemahiran/kelebihan anda} dalam satu majlis yang telah dianjurkan oleh pihak universiti. Saya datang kesini untuk memohon jawatan sebagai {kerani akaun – jawatan yang anda mohon}.

Sebolehnya, hafallah ayat perkenalkan diri nie. Nanti korang takdelah gementar sangat nak jawab dengan penemuduga. Lancar je kan. Kalau ditanya dalam BI, jawab dalam BI yee. Jangan jawab BM lak.

3) Pertanyaan gaji – Aumm aumm kalau bercerita pasal gaji nie kan, sape yang tak suka. Aku pon suka. Duit kot tuuuu hahaha. Sometimes penemuduga tanya berapa gaji yang anda harapkan atau minta dari syarikat dia. Apa korang nak jawab kalau soalan macam nie keluar? Takkan korang nak jawab “RM2,500 pun cukuplah tuan.”,”RM1,800 okay je”. Nampak macam kurang sopankan. Jadi aku syorkan korang jawab macam nie:

“Saya berharap diberikan gaji yang bersesuaian dengan kelulusan saya dan tugasan kerja saya. Saya juga ingin dipertimbangkan berdasarkan pengalaman kerja saya (jika ada)”.

Nahhhh......kan nampak manis je jawab macam tuu. Sopan lah sikitkan. Senang sikit hati penemuduga tu. Nampak kematangan sikitkann haha :P

4) Berterima kasih – Selesai sahaja sesi temuduga tu, ucapkanlah terima kasih kepada penemuduga anda. Ringan-ringanlah mulut untuk berterima kasih tuu. Jangan nak sombong sangat ye. Ucap je terima kasih walaupun semasa interview berlangsung penemuduga banyak menyakitkan hati anda. Sekurang-kurang korang tunjuk hormat juga. Kekadang mereka tu sengaja nak menduga korang....nama lagi temudugakan. Bertemu dan diduga haha.

Tips selepas temuduga:

1) Berdoa – Sesudah temuduga, anda hendaklah sentiasa berdoa biar anda terpilih dan berjaya untuk bekerja di syarikat tersebut.

2) Solat hajat – Kepada pembaca muslim, anda disarankan sentiasalah lakukan solat sunat hajat semoga ALLAH permudahkan dan perlembutkan hati penemuduga untuk memilih anda bekerja di syarikat mereka.

3) Berusaha – Selalunya mereka akan memberi keputusan dalam masa seminggu untuk call anda kalau anda terpilih. Kalau tidak terpilih, mereka takkan call anda. So anda kena faham-faham sendiri. Anda juga boleh terus call orang HR syarikat untuk bertanyakan keputusan sama ada anda diterima atau tidak.

4) Pekerjaan lain – Anda dinasihatkan untuk terus berusaha untuk mencari pekerjaan lain sementara tunggu keputusan tersebut. Kalau berjaya, alhamdulillah. Apa yang dikhuatiri, takut tak berjayakan. Sebab rezeki itu dari ALLAH. :)

Okaylah, aku rasa sekian dulu untuk entry tips temuduga nie. Cukuplah dua bahagian jee. Nantikan pening lak korang nak baca banyak-banyak. Harap tips temuduga ini dapat membantu anda semua untuk menempuh alam pekerjaan ini. Aku doakan korang berjaya dalam sesi temuduga korang aku. Aku sendiri  pun masih lagi berusaha untuk mendapatkan kerja. Semoga kita sama-sama dapat kerja yang diimpikan. InsyaALAH.

Maaf atas salah silap sepanjang menulis blog nie. Maaf diatas typo yang dilakukan. Jumpa lagi d entry yang lak yee. Semoga success selalu uollssss.


Sekian, terima kasih. Terima kasih sudi baca blog aku :*

Tips Temuduga/Interview (Bahagian 1)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog. Rasa macam dah hampir setahun tak menulis blog nie. Terlalu busy dengan dunia :D. Hari ini rasa macam hendak berceloteh tentang temuduga/interview pula. Ini semua disebabkan oleh aku asyik kena panggil untuk interview jee sejak dua menjak ini. Tapi kerjanya belum dapat lagi HAHA. Tak apa mungkin belum ada rezeki lagikan. Rezeki itu dari ALLAH dan meluas. Kita hanya mampu berusaha tapi Dia yang menentukan. Betul tak?

Tapi sebelum tu, tahniah kepada semua yang asyik kena panggil interview macam aku nie. Secara tidak langsung, sekurang-kurangnya kita dah ada pengalaman untuk berhadapan dengan orang yang tidak kenal dan tahu juga serba sedikit untuk berinteraksi dengan orang atasan. Ok back to the entry asal iaitu Tips Temuduga/Interview.

·         1) Pakaian
  •       Sesetangah syarikat sangat mementingkan cara berpakaian bagi bakal pekerja atau pekerja mereka. Ini kerana untuk menjaga imej sesebuah syarikat dan melambangkan kekemasan syarikat. Untuk sesi temuduga, anda mestilah WAJIB pakai BAJU KURUNG atau baju kebangsaan bagi wanita dan bagi lelaki pula, WAJIB pakai BAJU FORMAL LENGKAP. Maksud baju formal lengkap nie, mestilah baju kemeja tanpa berbunga-bunga bagai tu, seluar slack hitam, bertali leher, baju masuk dalam okay ! Baju kurung bagi wanita pula, mohon janganlah pakai baju berbunga-bunga besar atau corak yang melampau bagai tuu. Korang nie nak pergi interview atau kenduri. Kalau boleh elakkan daripada baju berbunga-bunga cinta nie. Bagi yang non muslim pun, kalau boleh pakailah baju kurung juga yee. Dan tudung pula, JANGAN pakai shawl ! Seeloknya pakai tudung formal iaitu TUDUNG BAWAL. Tudung bawal tanpa bunga-bunga cinta juga. Pakai yang plain sahaja dah cantik.
·         2) Warna
  •      Bagi pemilihan warna, pilihlah warna; biru, hijau gelap, koko dan warna-warna yang lembut dan ceria. Elakkan daripada memilih warna-warna yang terang seperti merah, orange, kuning. Kalau rasa nak pakai juga, biarlah seperti merah jambu, kuning cair dan sebagainya. Pemilihan warna tudung pun biarlah matching dengan tone baju dan pastikan tudung bawal & plain.

·         3) Kasut
  •      Kasut pula, baik lelaki atau wanita, WAJIB pakai kasut yang tertutup rapi (depan, belakang & kedua-dua sisi). Dan berwarna HITAM sahaja. Getah atau berkulit tu tak kisah asalkan warna hitam dan kasut yg tertutup rapi. Jangan pakai kasut sukan pula yee. Kita bukan nak pergi bersukan, lainlah kalau interview tu pasal sukankan.

·         4) Make-up
  •      Wanita memang tak lari daripada make-up kan tapi aku tak make-up ok. Memang jenis tak suka make-up sekadar letak pemerah bibir sikit je sebab taknak kasi nampak pucat sangat. Okay.......bagi wanita yang suka bermake-up nie, tolonglah kalau boleh masa interview nie, janganlah korang make-up tebal-tebal macam nak pergi kenduri lak. Make-up simple-simple but nice sudah lah yee. Make-up nipis-nipis sudah lahh. Nie tak, pakai itu ini. No no no.....jangan okay. Bukan pergi pertandingan ratu cantik. Tapi seeloknya baik tak payah pakai make-up terus macam aku nie. Just pakai pemerah bibir sikit jee. Pon dah okay.

·         5) Perfume
  •     Bagi perfume pula, nak pakai pun boleh, taknak pakai pun boleh. TAPI bagi yang nak pakai perfume tu, jangan nak pakai yang jenis tinggal kesan berhujung batu sudah lah eh. Pakai yang jenis biasa-biasa jee. Jangan nak pakai yang baunya melampau kuat sangat tu. Sesetengah penemuduga nie, dia tak suka dengan bau-bauan yang kuat dan menusuk hidung dia nie. Jangan nanti anda memang dah layak d terima bekerja, sekali d rejectnya sebab bau perfume anda yang melampau. Jangan ingat takde yang jenis macam tu okayyy. Dalam dunia nie ada berjuta perangai. Jadi, jaga-jaga okay.


Okay untuk entry tips temuduga bahagian 1 nie, cukup sekadar itu dulu lah kotttt. Harap serba sedikit ini dapat membantu korang nanti okay. Bagi yang 1st interview, good luck okay. Bagi yang dah macam-macam pergi interview macam aku nie, harap kita semua dapat kerja juga satu hari nanti. Takpe, insyaALLAH rezeki semua dari ALLAH. Dia dah atur siap-siap dah untuk kita. Hanya perlu kita sahaja untuk berusaha. Aminn. Semoga apa yang kita usaha selama ini, berbuah hasil yang lumayan untuk d masa hadapan dan yang akan datang.

Maaf d atas salah silap semasa menulis blog nie. Maaf kalau ada typo yang tak perasan. Harap faham lah ye hihi. Semoga entry yang membantu andaaaaaa.

Jumpa lagi d entry Bahagian 2. BYE BYE uollss. Assalamualaikum. Have a nice day guys :*