Wednesday, March 09, 2016

Makanan Jepun Di Malaysia

Hai hai. Assalamualaikum warga pembaca blog sekalian. Jumpa lagi kita nampaknyakan. Entry kali nie nak berceloteh tentang makanan sikit. Kepada yang belum makan tu, jaga-jaga lah yee. Takut nanti makin lapar lak. Baik sediakan makanan terlebih dahulu yee haha. Ada gambar makanan nie jap lagi. Aku taknak bertanggungjawab okayyyy :P

Dekat Malaysia sekarang nie, macam-macam dah ada. Makanan Korea, makanan Thailand, makanan Vietnam lah dan macam-macam lagi. Tapi hari nie aku nak cerita pasal makanan Jepun. Aku tahu sekarang nie dah berlambak makanan antarabangsa nie “naik”. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan dah haha.

Makanan Jepun yang aku nak cerita nie, dekat jee. Dekat mana? Dekat MidValley, Kuala Lumpur jee. Aku rasa restaurant nie baru buka kot lahh. Sebab last aku pergi KL akhir bulan 11 tahun lepas; 2015, masa tu tkde lagi. Nie bulan 2 2016 nie aku pergi lagi, tengok-tengok dah ada. So aku tunggu apa lagi. Terus serbu lah. HALAL okay. Jangan risau. Mula-mula aku sendiri risau jugak takut-takut tak halalkan. Usha punya usha, tengok staff dia pakai tudung, cakap melayu. Sah-sah halalkan. So masuk jelaaa :P

Restaurant nie nama dia ‘Yoshinoya & Hanamaru’, level atas sekali sebaris dengan wayang. Tapi kalau korang naik dari escalator dekat wayang tu, korang kena jalan ke depannnnnnnnn lagi hingga lah hujung tanduk. Sebab restaurant dia dekat dengan kedai haiwan tuu. Wonderland Pet ke apa nama kedai binatang tuu. Sebelah kanan restaurant nie. Kalau naik escalator dekat Wonderland Pet nie, terus belok kanan. Terus jumpa sebab memang dekat escalator tu jee restaurant dia.

Harga?? Jangan risau lah ! harga dia mampu makan. Aku pun takde masuk kedai mahal-mahal nie padahal makanan sama je Cuma harga je yang beza haha. Paling murah RM8.90 kalau tak silap aku. Tak sampai berpuluh-puluh ringgit pon satu mangkuk. Murah-murah jee. Jangan risau yee. Sila makan dengan kenyang tanpa ragu-ragu haha.

JENG JENG JENG ! Jaga-jaga makanan bakal keluar nie ! :P nie antara makanan yang aku makan hari tu.



Beef Udon, Spicy Miso Udon Chicken, Karaage & Green tea


Spicy Miso Udon Chicken


Beef Udon


Karaage (Nie ayam yee tapi rasa dia pedas. Tapi pedas dia lain dari pedas kita)


Green tea


Nahhh ! Sampai habis kami makan. Sedappppp weiiiiii

AMARAN: Mohon jangan tamak nanti yee. Beli yang medium pon dah kenyang nie ye. Jangan berlagak nak beli yang large lakk. Takut nanti terlampau kenyang jee. Nie pun terlampau kenyang dah. Tapi pilihan di tangan anda :)

Total:
Beef udon – RM12.80
Spicy miso udon chicken – RM12.80
Karaage – RM4/batang
Green tea (boleh refill sampai terkencing) – RM1.50
Total semua – RM31.10 (Murahkannnn?)

Makan kat sini sangat puas hati. Rugi tak cuba. Nanti pergilah cuba mana yang dekat tu yee. Besttttttt ! :P

Oklah. Cukup dulu entry untuk malam ini. Selamat malam semua. Tidur dulu lah yee. Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment