Assalamualaikum. Jumpa lagi kita d entry Bahagian 2 bagi tips
interview nie. Macam mana dengan entry Bahagian 1? Okay tak? Faham tak? Kalau
tak faham, boleh komen dibawah entry tu atau pon baca lagi sehingga faham yee
hihi. Bagi yang 1st time nak interview nie, aku rasa tips kali
sangat membantu kot. Bagi yang 2nd atau 3rd atau kali ke
bape entah dah tu, boleh juga baca. Mana tahu dapat lagi membantu diri kita
semuakan. Entry kali nie mungkin agak panjang sikit kot sebabnya nak berceloteh
tentang tips sebelum, semasa & selepas interview. Harap sudi baca hingga
habis okay. Nama lagi tips kan. Rajin-rajin lah baca ye sebab aku pon
rajin-rajin juga tuk menulis nie demi korang HAHAHA.
Tips sebelum
temuduga:
1) Kenali syarikat – Sebaiknya sebelum
kita nak pergi interview keesokkan hari tu, kita HARUSlah membuat sedikit
research tentang syarikat yang bakal meng-interview kita nie. Takut-takut
syarikat tu menipu ke apakan. Seeloknya buat dulu kajian tentang syarikat. Tahu
dulu serba sedikit tentang syarikat seperti bila syarikat ditubuhkan, siapa CEO
syarikat & apa focus utama syarikat tersebut. INGAT, kekadang semasa
interview, penemuduga akan tanya tentang syarikat mereka. Takkan korang nak
jawab tak tahu lakkan. Memang sah-sah kena reject nanti.
2) Kenali jawatan – Mesti sebelum korang
apply kerja d sesebuah syarikat tu, mesti korang tahukan nak apply jawatan apa
kan. Tapi korang tahu ke cara kerja jawatan tersebut? Kalau korang betul faham
takpe. Kalau bagi yang faham tak faham nie, baik korang cepat-cepat buat
research dalam google apa kerja yang perlu dilakukan kalau dapat jawatan
tersebut. Wajib untuk anda tahu skop kerja jawatan tersebut. Kekadang
penemuduga nie sengaja juga tanya apa anda tahu dan faham tentang jawatan
tersebut. Ingat ye....penemuduga akan tanya tuu sebab aku sendiri dah kena.
Tapi nasib baik buat research dulu sekurang-kurangnya boleh jawab serba
sedikit.
3) Kelengkapan diri – Aku nasihatkan
korang, tolonglah seterika/iron baju tu awal-awal takut nanti keesokkan hari bangun
agak lewat kan. Takde lah kelam kabut sangat. Tapi sebaiknya tidur awal untuk
mengelakkan daripada sesuatu yang tidak d ingini berlaku macam bangun lewat.
Tapi tak solat subuh ke korang? Opsss.... Dan satu lagi, tolongnya korang,
tolong kemas-kemaskan file yang korang nak bawak untuk pergi interview tu
sebaik yang mungkin. Tolonglah susun mengikut turut yang betul. Resume tu print
biar jelas, letak dalam file sekali dengan sijil-sijil yang lain. Takut nanti
tertinggal. Buat salinan fotokopi setiap sijil-sijil yang ada. Takut-takut
pihak syarikat nak salinan sijil-sijil anda. Sekurang-kurangnya korang dah
sediakan. Lepas siap susun secantik dan sebaik yang mungkin, letaklah dalam
satu beg untuk d bawa besok.
4) Bangun awal – Kepada calon-calon
interview semua, anda d nasihatkan untuk tidur awal sebab senang untuk anda
bangun awal pagi untuk membuat persiapan terakhir anda.
5) Sarapan – Ini sangat penting untuk tubuh
anda. Cubalah untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi interview. Sebab
tu lah aku suruh korang bangun awal. Jamahlah sedikit makanan dan minuman
terlebih dahulu. Sekurang-kurang roti dan air milo. Ini dapat memberi anda
tenaga untuk interview nanti.
6) Sampai awal – Sesetangah syarikat
sangat menitik beratkan waktu yang telah d tetapkan. Mereka mungkin tidak
memberi tahu kepada anda tapi mereka memerhati telatah anda. Sebaiknya
sampailah dalam 15minit awal sebelum interview berlangsung. Lagi awal, lagi
bagus. Sampai awal juga dapat memberi anda ketenangan.
7) Gula-gula getah – Bagi korang yang rasa mulut tak selesa, berbau dan sebagainya makanlah terlebih dahulu gula-gula
getah nie. Tapi sebelum masuk bilik interview,buang okay. Jangan nak simpan
sambil-sambil kunyah dalam bilik interview lakk. Nampak kurang ajarkan tu.
8) Selawat – Bagi yang
beragama Islam, semasa d ruang menunggu, sebaiknya sentiasalah berselawat
kepadaNya dan berdoa semoga segala urusan berjalan dengan lancar. Elakkan
daripada berbual kosong.
Nie doa yang umi aku kasi sebelum
masuk bilik temuduga. Rajin-rajinlah baca yee. Kalau hafal lagi bagus. Hafal
sekali dengan maknanya okay !
9) Mohon restu – Ini sangat penting,
mohon dan pintalah restu mak ayah sebelum masuk ke bilik interview. Sekarang
zaman makin canggihkan. WhatsApp lah mereka untuk sepatah dua kata. Minta
mereka doakan untuk kita juga. Doa yang paling mujarab adalah doa ibu bapa kita
sendiri.
10) Bertenang – Sementara tunggu nama anda
dipanggil, cubalah untuk tenangkan diri daripada debaran. Tarik nafas hembus
nafas sebanyak yang mungkin dan sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan.
Tips semasa
temuduga:
1) Salam – Amallah sikap yang suka
memberi salam. Ini akan melambangkan keperibadian diri anda. Masuk sahaja pintu
untuk ditemuduga, terus memberi salam kepada penemuduga “Assalamualaikum”,”Selamat pagi”. Memberi salam dalam keadaan bibir
tersenyum ye. Tenang sikit kalau penemuduga tu tengokkan. Duduk selepas diberi
kebenaran untuk duduk.
2) Tenang – Sentiasalah dalam keadaan
tenang semasa menjawab soalan-soalan yang akan ditanya. Jawablah dengan senyuman
yang manis. Soalan pertama yang famous ditanya nanti adalah “Sila perkenanlkan diri anda” kekadang
penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris. Kalau mereka tanya dalam BM, jawab
dalam BM..Kalau BI, korang speaking jela yee. Dalam introduce yourself nie, ada
5 isi penting yang perlu diceritakan. Antaranya ialah:
a.
Latar
belakang (nama & tempat tinggal)
b.
Kelayakan
(kelulusan; SPM, DIPLOMA, DEGRAA, MASTER, PHD)
c.
Aktiviti
ko-kurikulum
d.
Pengalaman
kerja (jika ada)
e.
Kemahiran/kelebihan
Contoh ayat:
Selamat pagi, saya {Siti Fatimah
Binti Faizal – nama anda} dan saya berasal dari {Petaling Jaya, Selangor
– tempat tinggal anda}. Saya adalah pemegang {Diploma Perakaunan
– kelulusan anda} dari {Universiti Teknologi MARA – tempat belajar anda}.
Semasa masih bergelar pelajar, saya pernah terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum
{Rekreasi, Kelab Kesihatan dan Persatuan Bulan Sabit Merah – aktiviti anda}.
Saya belum ada pengalaman bekerja (jika ada, sila nyatakan pengalaman bekerja –
Sebelum ini saya pernah bekerja di Bangi, Selangor sebagai {kerani di sebuah
pusat tuisyen) – pengalaman kerja anda}. Semasa masih belajar, saya pernah
menjadi {pengerusi – kemahiran/kelebihan anda} dalam satu majlis yang
telah dianjurkan oleh pihak universiti. Saya datang kesini untuk memohon
jawatan sebagai {kerani akaun – jawatan yang anda mohon}.
Sebolehnya, hafallah ayat perkenalkan diri nie. Nanti korang
takdelah gementar sangat nak jawab dengan penemuduga. Lancar je kan. Kalau ditanya dalam BI, jawab dalam
BI yee. Jangan jawab BM lak.
3) Pertanyaan gaji – Aumm aumm kalau
bercerita pasal gaji nie kan, sape yang tak suka. Aku pon suka. Duit kot tuuuu
hahaha. Sometimes penemuduga tanya berapa gaji yang anda harapkan atau minta
dari syarikat dia. Apa korang nak jawab kalau soalan macam nie keluar? Takkan
korang nak jawab “RM2,500 pun cukuplah tuan.”,”RM1,800 okay je”. Nampak macam
kurang sopankan. Jadi aku syorkan korang jawab macam nie:
“Saya berharap diberikan gaji yang
bersesuaian dengan kelulusan saya dan tugasan kerja saya. Saya juga ingin
dipertimbangkan berdasarkan pengalaman kerja saya (jika ada)”.
Nahhhh......kan nampak manis je jawab
macam tuu. Sopan lah sikitkan. Senang sikit hati penemuduga tu. Nampak
kematangan sikitkann haha :P
4) Berterima kasih – Selesai sahaja sesi
temuduga tu, ucapkanlah terima kasih kepada penemuduga anda. Ringan-ringanlah
mulut untuk berterima kasih tuu. Jangan nak sombong sangat ye. Ucap je terima
kasih walaupun semasa interview berlangsung penemuduga banyak menyakitkan hati
anda. Sekurang-kurang korang tunjuk hormat juga. Kekadang mereka tu sengaja nak
menduga korang....nama lagi temudugakan. Bertemu dan diduga haha.
Tips
selepas temuduga:
1) Berdoa – Sesudah temuduga, anda
hendaklah sentiasa berdoa biar anda terpilih dan berjaya untuk bekerja di
syarikat tersebut.
2) Solat hajat – Kepada pembaca muslim,
anda disarankan sentiasalah lakukan solat sunat hajat semoga ALLAH permudahkan
dan perlembutkan hati penemuduga untuk memilih anda bekerja di syarikat mereka.
3) Berusaha – Selalunya mereka akan
memberi keputusan dalam masa seminggu untuk call anda kalau anda terpilih.
Kalau tidak terpilih, mereka takkan call anda. So anda kena faham-faham
sendiri. Anda juga boleh terus call orang HR syarikat untuk bertanyakan
keputusan sama ada anda diterima atau tidak.
4) Pekerjaan lain – Anda dinasihatkan
untuk terus berusaha untuk mencari pekerjaan lain sementara tunggu keputusan
tersebut. Kalau berjaya, alhamdulillah. Apa yang dikhuatiri, takut tak
berjayakan. Sebab rezeki itu dari ALLAH. :)
Okaylah, aku rasa sekian dulu untuk entry tips temuduga nie.
Cukuplah dua bahagian jee. Nantikan pening lak korang nak baca banyak-banyak.
Harap tips temuduga ini dapat membantu anda semua untuk menempuh alam pekerjaan
ini. Aku doakan korang berjaya dalam sesi temuduga korang aku. Aku sendiri pun masih lagi berusaha untuk mendapatkan
kerja. Semoga kita sama-sama dapat kerja yang diimpikan. InsyaALAH.
Maaf atas salah silap sepanjang menulis blog nie. Maaf diatas typo
yang dilakukan. Jumpa lagi d entry yang lak yee. Semoga success selalu
uollssss.
Sekian, terima kasih. Terima kasih sudi baca blog aku :*
No comments:
Post a Comment