Wednesday, March 09, 2016

Tips Temuduga/Interview (Bahagian 1)

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog. Rasa macam dah hampir setahun tak menulis blog nie. Terlalu busy dengan dunia :D. Hari ini rasa macam hendak berceloteh tentang temuduga/interview pula. Ini semua disebabkan oleh aku asyik kena panggil untuk interview jee sejak dua menjak ini. Tapi kerjanya belum dapat lagi HAHA. Tak apa mungkin belum ada rezeki lagikan. Rezeki itu dari ALLAH dan meluas. Kita hanya mampu berusaha tapi Dia yang menentukan. Betul tak?

Tapi sebelum tu, tahniah kepada semua yang asyik kena panggil interview macam aku nie. Secara tidak langsung, sekurang-kurangnya kita dah ada pengalaman untuk berhadapan dengan orang yang tidak kenal dan tahu juga serba sedikit untuk berinteraksi dengan orang atasan. Ok back to the entry asal iaitu Tips Temuduga/Interview.

·         1) Pakaian
  •       Sesetangah syarikat sangat mementingkan cara berpakaian bagi bakal pekerja atau pekerja mereka. Ini kerana untuk menjaga imej sesebuah syarikat dan melambangkan kekemasan syarikat. Untuk sesi temuduga, anda mestilah WAJIB pakai BAJU KURUNG atau baju kebangsaan bagi wanita dan bagi lelaki pula, WAJIB pakai BAJU FORMAL LENGKAP. Maksud baju formal lengkap nie, mestilah baju kemeja tanpa berbunga-bunga bagai tu, seluar slack hitam, bertali leher, baju masuk dalam okay ! Baju kurung bagi wanita pula, mohon janganlah pakai baju berbunga-bunga besar atau corak yang melampau bagai tuu. Korang nie nak pergi interview atau kenduri. Kalau boleh elakkan daripada baju berbunga-bunga cinta nie. Bagi yang non muslim pun, kalau boleh pakailah baju kurung juga yee. Dan tudung pula, JANGAN pakai shawl ! Seeloknya pakai tudung formal iaitu TUDUNG BAWAL. Tudung bawal tanpa bunga-bunga cinta juga. Pakai yang plain sahaja dah cantik.
·         2) Warna
  •      Bagi pemilihan warna, pilihlah warna; biru, hijau gelap, koko dan warna-warna yang lembut dan ceria. Elakkan daripada memilih warna-warna yang terang seperti merah, orange, kuning. Kalau rasa nak pakai juga, biarlah seperti merah jambu, kuning cair dan sebagainya. Pemilihan warna tudung pun biarlah matching dengan tone baju dan pastikan tudung bawal & plain.

·         3) Kasut
  •      Kasut pula, baik lelaki atau wanita, WAJIB pakai kasut yang tertutup rapi (depan, belakang & kedua-dua sisi). Dan berwarna HITAM sahaja. Getah atau berkulit tu tak kisah asalkan warna hitam dan kasut yg tertutup rapi. Jangan pakai kasut sukan pula yee. Kita bukan nak pergi bersukan, lainlah kalau interview tu pasal sukankan.

·         4) Make-up
  •      Wanita memang tak lari daripada make-up kan tapi aku tak make-up ok. Memang jenis tak suka make-up sekadar letak pemerah bibir sikit je sebab taknak kasi nampak pucat sangat. Okay.......bagi wanita yang suka bermake-up nie, tolonglah kalau boleh masa interview nie, janganlah korang make-up tebal-tebal macam nak pergi kenduri lak. Make-up simple-simple but nice sudah lah yee. Make-up nipis-nipis sudah lahh. Nie tak, pakai itu ini. No no no.....jangan okay. Bukan pergi pertandingan ratu cantik. Tapi seeloknya baik tak payah pakai make-up terus macam aku nie. Just pakai pemerah bibir sikit jee. Pon dah okay.

·         5) Perfume
  •     Bagi perfume pula, nak pakai pun boleh, taknak pakai pun boleh. TAPI bagi yang nak pakai perfume tu, jangan nak pakai yang jenis tinggal kesan berhujung batu sudah lah eh. Pakai yang jenis biasa-biasa jee. Jangan nak pakai yang baunya melampau kuat sangat tu. Sesetengah penemuduga nie, dia tak suka dengan bau-bauan yang kuat dan menusuk hidung dia nie. Jangan nanti anda memang dah layak d terima bekerja, sekali d rejectnya sebab bau perfume anda yang melampau. Jangan ingat takde yang jenis macam tu okayyy. Dalam dunia nie ada berjuta perangai. Jadi, jaga-jaga okay.


Okay untuk entry tips temuduga bahagian 1 nie, cukup sekadar itu dulu lah kotttt. Harap serba sedikit ini dapat membantu korang nanti okay. Bagi yang 1st interview, good luck okay. Bagi yang dah macam-macam pergi interview macam aku nie, harap kita semua dapat kerja juga satu hari nanti. Takpe, insyaALLAH rezeki semua dari ALLAH. Dia dah atur siap-siap dah untuk kita. Hanya perlu kita sahaja untuk berusaha. Aminn. Semoga apa yang kita usaha selama ini, berbuah hasil yang lumayan untuk d masa hadapan dan yang akan datang.

Maaf d atas salah silap semasa menulis blog nie. Maaf kalau ada typo yang tak perasan. Harap faham lah ye hihi. Semoga entry yang membantu andaaaaaa.

Jumpa lagi d entry Bahagian 2. BYE BYE uollss. Assalamualaikum. Have a nice day guys :*

No comments:

Post a Comment